PULAU PANGKOR
Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.
Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-
- Kota Belanda
- Batu bersurat
- Pantai Puteri Dewi
- Pantai Pasir Bogak
- Teluk Nipah
Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.
Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.
Gugusan Pulau Pangkor
- Pulau Mentagor
- Pulau Pangkor Laut
- Pulau Giam (terletak kira-kira 3.8 batu nautika)
Cara ke sana
- Untuk pergi ke Pulau Pangkor, ada sebuah pangkalan atau jeti di Lumut. Naik feri diLumut, 20 minit, mulai 2003 tambang feri dikenakan RM10.00 untuk dewasa dan RM6.00 untuk kanak-kanak.
- Lebuh raya Ipoh Lumut memudahkan perjalanan dari Ipoh untuk berkelah di PulauPangkor. 90 km di Barat daya bandar Ipoh.
- Dari Kuala Lumpur menerusi Lebuh raya Utara Selatan, anda ikut susur keluar di Gopengdan masuk ke arah Lumut / Sitiawan
- kapal terbang Berjaya Air dari Lapangan Terbang Subang. Sekitar pulau Pangkor, boleh sewa bas dengan kadar RM40.00 pusing satu pulau.
Sejarah
Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama .
- 1670: Belanda telah menjadikan Pulau Pangkor sebagai lokasi memunggah bijih timah dari negeri Perak. Kota Belanda telah dibina bagi menyimpan bijih timah dan lain-lain dagangan dari negeri Perak. Selalu terjadi aktiviti lanun di Selat Dinding.
- 1874: Sir Andrew Clarke selaku Gabenor Negeri Selat yang beribu pejabat di Singapura telah datang ke Pulau Pangkor bagi menandatangani Perjanjian Pangkor. Perjanjian ini bersetuju dan mengiktiraf Sultan Abdullah sebagai Sultan Perak. Pelombong bijih timah yang berperang merebut kawasan juga setuju untuk didamaikan dan ini menguntungkan Syarikat Hindia Timur Inggeris. (SHTI)
Masjid
- Masjid Al-khairiah Sungai Pinang Kecil 32300 Pulau Pangkor Perak
- Masjid Telok Raja Bayang Pekan Pangkor 32300 Pulau Pangkor Perak
Kemudahan awam
- Di Teluk Dalam akan dibina pondok polis, perumahan kakitangan kerajaan dan pusat penerangan pelancongan. Teluk Dalam sebagai Bandar Marina.
- Di Sungai Pinang akan dibina pejabat penghulu, perpustakaan dan hospital.
- Teluk Nipah dimajukan sebagai Pusat Perkhidmatan Baru
Komponen-komponen yang akan dimajukan di kedua-dua kawasan ini termasuklah kawasan perniagaan, pusat kebudayaan, kraftangan, hotel, pusat persidangan, pusat pameran maritim dan sebagainya.
- Hutan Simpan Pulau Pangkor - dimajukan sebagai eko-pelancongan dan hutan lipur. Diadakan pusat maklumat, rintis hutan iaitu taman tumbuh-tumbuhan dan herba. Kemudahan di hutan lipur seperti trek pejalan kaki, titi gantung, menara pandang, kemudahan berehat, musalla, tandas awam, papan penamaan pokok dan sebagainya akan dimajukan.
- Teluk Chempedak dijadikan pusat kraftangan, hasilan laut, makanan ringan serta produk pelancongan yang diusahakan secara kecil-kecilan. Perusahaan membaik pulih bot nelayan dan kapal.
Lawatan Raja Nazrin Shah
Pada 19 Februari 2010, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah telah melawat ke Pulau Pangkor bersama Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim Davidson. Baginda pergi ke Sekolah Kebangsaan Sri Pangkor di Kampung Masjid dan sembahyang di Masjid Teluk Raja Bayang dan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Pangkor.
Turut serta ialah Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria , Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
antara resort yang terdapat di pulau pangkor
No comments:
Post a Comment